Isnin, Disember 20, 2010

Kalau dah tahu, kenapa masih mengumpat?

Mengumpat ada di mana-mana..

Hukum mengumpat adalah HARAM, DOSA BESAR!

Apa yang dikatakan mengumpat?

Menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Apa hadis berkaitan ?

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"        (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
 "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"                           (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Sabda Rasulullah S.A.W.

 "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

 "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah

 "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.



Hukum Mengumpat adalah HARAM, DOSA BESAR!

Kalau dah tahu, kenapa masih mengumpat?
Di mana-mana ada saja orang mengumpat.. Seronok ke mengumpat? ada macam makan nasi ayam masa buka puasa ke? Makcik Senah (tiada kaitan dengan sesiapa) pun tahu hukum mengumpat tapi kenapa buat juga? Pernah tak fikir kenapa yer..kalau tegur, nanti makcik jawab makcik makan nasi ayam dulu..lagipun makcik bukan mengumpat...makcik cakap je..toink...toink...sana sini dengar orang mengumpat. dah jadi tabiat turun temurun..Apa yang best nya mengumpat? ada orang kata..mengumpat ni peramah orangnya..betul ke peramah? peramah salah tempat ni...

Apa punca terjadinya MENGUMPAT?

Segalanya berpunca dari HATI...

Di antaranya berkemungkinan hati masih lagi bersifat tidak sabar, pemarah, dendam, hasad dengki, bakhil, ego, suka mendengar perbualan orang lain tentang kehormatan seseorang, dan lain-lain lagi..

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada didikan dan ujian Allah. Hati juga mati jika tidak diberi makan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu jugalah dengan hati..Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, bukan sahaja boleh sakit malah akhirnya mati juga...innalillah.... 

Firman Allah :

("Iaitu orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah..Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia...")   (Al-Rad:28)

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri..Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, buta dan mati. Gilap dan bersihkanlah ia dengan banyak mengingati Allah...berzikir tidak kira di mana jua..Insyallah jika diamalkan, dapatlah terhindar dari bercakap yang sia-sia... Wallahu'alam...................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan