Selasa, Disember 21, 2010

andai Al-Quran bisa berbicara...



andai Al-Quran bisa berbicara, ia akan berkata :


"waktu kau masih kanak-kanak, kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu kau menyentuhku, dalam keadaan suci kau memegangku, kau baca dengan lirih dan keras...sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? yang tinggal sejarah? sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. aku menjadi kusam dalam almari. berlapis debu..............."


"lihatlah aku..dihias pula sebegini rupa..adakah aku ingin seperti ini?"



"atau cantik seperti ini?"


"guna ku bukan pada hiasan..bukan pada hantaran..untuk apa dihias cantik andai kini aku dibiarkan usang?"

"wahai umat Islam...hanya satu yang ku pinta...ku mohon peganglah aku lagi...bawalah aku bersama hati mu..hayatilah sepenuhnya apa yang terkandung dalamku...bacalah aku setiap hari..."

"kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu nanti...."

 
p/s : marilah kita beramal soleh dan berpesan2 (pada jalan Allah) agar terhindar dari golongan orang2 yang rugi..

Isnin, Disember 20, 2010

Senyum lah makcik,pakcik, adik, kakak & abang oii...



Senang tak nak jumpa orang yang suka dan sentiasa terSENYUM? mungkin ada tapi jarang sangat...susah dah nak lihat seseorang senyum pada orang yang tak kenal..yelah mungkin risau orang lain kata betul ke tak orang ni senyum tiba2..senyum sorang2 kot...tak pun dah buang tabiat..kalau orang dah kenal sekalipun payah juga nak SENYUM.. senyum pun mungkin kerana orang lain senyum dulu...biasa kan situasi macam ni? jadi jangan pelik kalau orang lain susah nak senyum...apa kata diri sendiri yang mulakan dulu..sentiasalah senyum..baru lah orang lain senyum sama... :)

jangan pelik kalau binatang pun sentiasa murah dengan senyuman..tengok..........










Kalau malas juga..senyum-senyum kambing pun boleh lah



sweet !

Kalau dah tahu, kenapa masih mengumpat?

Mengumpat ada di mana-mana..

Hukum mengumpat adalah HARAM, DOSA BESAR!

Apa yang dikatakan mengumpat?

Menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Apa hadis berkaitan ?

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"        (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
 "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"                           (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Sabda Rasulullah S.A.W.

 "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

 "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah

 "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.



Hukum Mengumpat adalah HARAM, DOSA BESAR!

Kalau dah tahu, kenapa masih mengumpat?
Di mana-mana ada saja orang mengumpat.. Seronok ke mengumpat? ada macam makan nasi ayam masa buka puasa ke? Makcik Senah (tiada kaitan dengan sesiapa) pun tahu hukum mengumpat tapi kenapa buat juga? Pernah tak fikir kenapa yer..kalau tegur, nanti makcik jawab makcik makan nasi ayam dulu..lagipun makcik bukan mengumpat...makcik cakap je..toink...toink...sana sini dengar orang mengumpat. dah jadi tabiat turun temurun..Apa yang best nya mengumpat? ada orang kata..mengumpat ni peramah orangnya..betul ke peramah? peramah salah tempat ni...

Apa punca terjadinya MENGUMPAT?

Segalanya berpunca dari HATI...

Di antaranya berkemungkinan hati masih lagi bersifat tidak sabar, pemarah, dendam, hasad dengki, bakhil, ego, suka mendengar perbualan orang lain tentang kehormatan seseorang, dan lain-lain lagi..

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada didikan dan ujian Allah. Hati juga mati jika tidak diberi makan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu jugalah dengan hati..Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, bukan sahaja boleh sakit malah akhirnya mati juga...innalillah.... 

Firman Allah :

("Iaitu orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah..Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia...")   (Al-Rad:28)

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri..Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, buta dan mati. Gilap dan bersihkanlah ia dengan banyak mengingati Allah...berzikir tidak kira di mana jua..Insyallah jika diamalkan, dapatlah terhindar dari bercakap yang sia-sia... Wallahu'alam...................

Selasa, Disember 07, 2010

tahukah engkau yang bergelar wanita...





AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

1. Bulu kening


Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

"
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian


"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

"
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” An-Nur : 31

5. Gigi


"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan


"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan

"
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata


"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)


"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan


"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut

"
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)