Selasa, Disember 21, 2010

andai Al-Quran bisa berbicara...



andai Al-Quran bisa berbicara, ia akan berkata :


"waktu kau masih kanak-kanak, kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu kau menyentuhku, dalam keadaan suci kau memegangku, kau baca dengan lirih dan keras...sekarang kau telah dewasa, nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku, apakah aku bacaan usang? yang tinggal sejarah? sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri. aku menjadi kusam dalam almari. berlapis debu..............."


"lihatlah aku..dihias pula sebegini rupa..adakah aku ingin seperti ini?"



"atau cantik seperti ini?"


"guna ku bukan pada hiasan..bukan pada hantaran..untuk apa dihias cantik andai kini aku dibiarkan usang?"

"wahai umat Islam...hanya satu yang ku pinta...ku mohon peganglah aku lagi...bawalah aku bersama hati mu..hayatilah sepenuhnya apa yang terkandung dalamku...bacalah aku setiap hari..."

"kerana aku akan menjadi penerang dalam kuburmu nanti...."

 
p/s : marilah kita beramal soleh dan berpesan2 (pada jalan Allah) agar terhindar dari golongan orang2 yang rugi..

Isnin, Disember 20, 2010

Senyum lah makcik,pakcik, adik, kakak & abang oii...



Senang tak nak jumpa orang yang suka dan sentiasa terSENYUM? mungkin ada tapi jarang sangat...susah dah nak lihat seseorang senyum pada orang yang tak kenal..yelah mungkin risau orang lain kata betul ke tak orang ni senyum tiba2..senyum sorang2 kot...tak pun dah buang tabiat..kalau orang dah kenal sekalipun payah juga nak SENYUM.. senyum pun mungkin kerana orang lain senyum dulu...biasa kan situasi macam ni? jadi jangan pelik kalau orang lain susah nak senyum...apa kata diri sendiri yang mulakan dulu..sentiasalah senyum..baru lah orang lain senyum sama... :)

jangan pelik kalau binatang pun sentiasa murah dengan senyuman..tengok..........










Kalau malas juga..senyum-senyum kambing pun boleh lah



sweet !

Kalau dah tahu, kenapa masih mengumpat?

Mengumpat ada di mana-mana..

Hukum mengumpat adalah HARAM, DOSA BESAR!

Apa yang dikatakan mengumpat?

Menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Apa hadis berkaitan ?

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"        (Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
 "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"                           (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Sabda Rasulullah S.A.W.

 "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

 "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah

 "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.



Hukum Mengumpat adalah HARAM, DOSA BESAR!

Kalau dah tahu, kenapa masih mengumpat?
Di mana-mana ada saja orang mengumpat.. Seronok ke mengumpat? ada macam makan nasi ayam masa buka puasa ke? Makcik Senah (tiada kaitan dengan sesiapa) pun tahu hukum mengumpat tapi kenapa buat juga? Pernah tak fikir kenapa yer..kalau tegur, nanti makcik jawab makcik makan nasi ayam dulu..lagipun makcik bukan mengumpat...makcik cakap je..toink...toink...sana sini dengar orang mengumpat. dah jadi tabiat turun temurun..Apa yang best nya mengumpat? ada orang kata..mengumpat ni peramah orangnya..betul ke peramah? peramah salah tempat ni...

Apa punca terjadinya MENGUMPAT?

Segalanya berpunca dari HATI...

Di antaranya berkemungkinan hati masih lagi bersifat tidak sabar, pemarah, dendam, hasad dengki, bakhil, ego, suka mendengar perbualan orang lain tentang kehormatan seseorang, dan lain-lain lagi..

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada didikan dan ujian Allah. Hati juga mati jika tidak diberi makan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu jugalah dengan hati..Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, bukan sahaja boleh sakit malah akhirnya mati juga...innalillah.... 

Firman Allah :

("Iaitu orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah..Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia...")   (Al-Rad:28)

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri..Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, buta dan mati. Gilap dan bersihkanlah ia dengan banyak mengingati Allah...berzikir tidak kira di mana jua..Insyallah jika diamalkan, dapatlah terhindar dari bercakap yang sia-sia... Wallahu'alam...................

Selasa, Disember 07, 2010

tahukah engkau yang bergelar wanita...





AURAT WANITA DARI FIRMAN ALLAH DAN HADIS-HADIS NABI

1. Bulu kening


Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

"
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian


"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada

"
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” An-Nur : 31

5. Gigi


"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan


"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan

"
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata


"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)


"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan


"
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian

"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut

"
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)





 

Ahad, November 28, 2010

hargailah sahabat




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas..
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal..
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan..
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista..
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu..
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah..


Sekiranya sahabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah shabat2 yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya.. sahabat2 ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu,
maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..


Tetapi Ya Allah...
Sekiranya sahabat2 ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu ..
Sekiranya sahabat2 ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya shabat2 ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya sahabat2 ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku


Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai ..
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu ..
Sekiranya aku engkar dan derhaka ,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah ..


Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..


Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku yang disenangi sahabat2
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi hamba yg soleh
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku...


Aku hanya ingin menjadi SAHABAT yang dirahmati SAHABAT yang dikasihi SAHABAT yang solehah SAHABAT yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Carilah dia kerana Tuhan.. :')



Cintailah dia kerana beriman..
JANGAN cinta kerana dia lelaki..kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..hanya pandai menabur janji..
JANGAN dirindu pada paras rupa..kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..senyumnya manis tipu belaka..
JANGAN disayang kerana berharta..kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..sukarnya hidup miskin dan papa..
JANGAN dikasih kerana dipuji..kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..hilang sudah puji memuji..
JANGAN dicari seorang kekasih..kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..menangislah diri hidup bersedih..
JANGAN disambut salam rindu..kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..dimanakah akan kita mengadu..
WAHAI sahabat wahai teman..carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..bekalan diri hidup berteman..
WAHAI sahabat wahai teman..cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..baik buruk ketentuan Tuhan..
WAHAI sahabat wahai teman..terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..andai baik pujilah Tuhan..
WAHAI sahabat wahai teman..ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..suami penyabar itulah kemenangan..

Sabtu, November 27, 2010

insya-Allah by Maher Zain versi melayu

Setiap kali ku rasa seperti tidak mampu
meneruskan hidup lagi...
Terasa sangat kehilangan , entah apa...
Menyatakan bahawa diri ku begitu sendirian
Semua ku lihat kelam-malam
Dan kegelapan menyelubungi di seluruh jiwa ku

Adakala nya diriku merasa begitu tak berdaya
Hilang daya ku melihat jalan mana 
yang harus ku pilih
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku
Insya Allah akan dapat ku mencari jalan cahaya..

Setiap kali diri ku melakukan satu kesalahan lagi
Terasa bagaikan pintu taubat tertutup bagi ku
Dan telah lambat untuk ku mencari jalan taubat

Adakala nya diriku menjadi bingung
Keputusan yang salah yang ku pilih
Keputusan sebegini menghantui fikiran

Dan hati ku penuh dengan rasa malu
Namun ku cekal kan hati ku..
Jangan ada rasa putus asa
Walaupun aku menapak kecil..
Namun tidak pernah aku kehilangan harapan
Kerna ku yakin Allah selalu di sampingku

Ahad, November 14, 2010

menanti berakhirnya kehidupan..


Mimpi ngeri mengejutkan diri dari tidur yang panjang..
gemuruh rupa, terduduk sepi di keheningan hari yang menyapa subuh
mata tercelik melihat pandangan nyata..sepi keliling..tiada bersuara..
Hitungan waktu berputar
tiada henti walau sedetik cuma
masa berlalu meninggalkan pahala
yang ada hanyalah yang berdosa..
Mata dipejam dibiarkan lena kembali
lupakan akhirat agungkan dunia
pabila khabar saudara menyambut ajal
terpaku ketika insaf hanya sebentar...
Palingkanlah sia wahai hati yang lelah
jauhkan telinga dibisik keraguan
tadahkan tangan bermohon doa
munajat ilahi diberi kekuatan...
Masihkah lagi diberikan waktu bernafas segar tiada kesakitan
Masihkah lagi diberikan masa sedangkan hayat dibiar leka
Masihkah lagi diberikan umur biar dosa menggunung tinggi...
Fikiran buntu menanti ketetapan
hanya doa mampu ditadah
moga matiku khusnul khotimah....


"dengan izin Allah"

Rabu, November 10, 2010

Satu penghijrahan baru

Alhamdulillah.. hari ini semangat untuk menulis akhirnya menjelma kembali setelah bertahun lamanya ditinggalkan minat, dibiarkan sepi, ditenggelami jauh ke dasar  paling berpenghujung yang ianya tidak mustahil akan terus kelam dan pudar. Insya-Allah dari masa ke semasa akan lebih diperbaiki lagi segala kekurangan yang tidak akan sentiasa berkurang agar blog yang baru saja tercipta ini akan terus ke hadapan dan aktif selagi penulisnya masih diizinkan Allah untuk meminjamkan segala nikmatNYA ini..  Harapan agar setiap perkara dan artikel yang bakal dikongsi akan memberikan faedah kepada akal dan jiwa pembaca bersama di samping dapat menajamkan lagi akal fikiran untuk kita sentiasa berfikir akan perihal kehidupan kita seharian..


Dengan izin Allah